Friday, March 13, 2009

Ada ker patut?

Kisah yang aku nak kongsi ni berkaitan dengan kisah member aku sorang ni. Bukan per tengah aku lunch tadi dengan member-member aku ni so kua ler cerita yang agak sedih. Cam ni kisahnye.................

Member aku ni nama dia E, ade ler kawan dengan sorang mamat Kedah namanya H. Kira couple ler dalam bahasa omputihnye. Dorang ni dah kawan lama ler jugak dalam setahun kenal, tapi jarang jumpa maklum ler sorang utara dan sorang timur. Walau bagaimanapun, kengkadang dorang luangkan sedikit masa untuk berjumpa makna kata dating ler. Ini disebabkan H ni keje kat Port Dickson and E kat KL. Kalo ada masa terluang tue boleh ler kua bertanya khabar and sewaktu dengannya. Kalo mesej pun tak sangat coz H ni sibuk memanjang.Ini kerana kejenya menjaga tanah air tercinta.

Berbalik pada kisah tadi, dorang ni ade ler jugak berpikir pasal nak mendirikan masjid ni tapi belum ada masa untuk berbincang secara serius. H ade menyatakan hasrat untuk menyunting gadis idamannya ini. E ini kira rasa seronok ler coz H dah berjanji dengannya. So, E pun berpegang pada janji H coz dah sayang. Bak kata pepatah kerana sayang ku turutkan. Lagipun H ni baik orangnya sepanjang perkenalan dorang ler.

Di pendekkan cerita, sejak dua tiga bulan ni H makin sibuk saje. Walaupun H sibuk dengan keje dia, tapi still mesej and call E bertanya kabar. Kira terubat ler juga hati yang rindu ini maklum ler adat bercinta dan berkasih. Walau bagaimanapun, dengan tidak di sangka E telah mendapat perkhabaran yang menggemparkan dan boleh meluluhkan hati seorang wanita yang begitu setia pada kekasihnya. Berita yang di kabarkan itu adalah H telah bertunang dengan member satu tempat keje pada hari Isnin lepas (Maulidul rasul). E tidak percaya kerana baru jer sebentar tadi H ade mesej dengannya. E telah call H untuk mendapatkan kepastian namun H menafikan. Setelah didesak akhirnya H mengaku juga.

Korang bayangkan kalo kita di tempat E, ape yang akan terjadi? E seperti tidak percaya kenapa H sanggup menipu dirinya. Sekiranya H sudah ada pilihan lain kenapa ingin menyembunyikannya? Alasan yang di berikan H kerana tidak mahu melukakan hati E. Namun apa yang terjadi, hari ini memang betul-betul menghiris perasaan cinta, kasih dan sayang yang telah sekian lama di siram, di jaga dan di bajai dengan baik akhirnya layu sekelip mata. H berkata semua ini ketentuan Tuhan. Jodoh pertemuan ditanganNya. Ya, memang benar dan kerana ketentuan Tuhan juga E telah mendapat tahu hal ini. Kalo tidak berapa lamakah E diperdayakan dengan janji manis H. Dimanakah silapnya?

E pasrah dengan ketentuanNya kerana semua kehidupan di dunia ini telah di takdirkan oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Apa yang penting kehidupan perlu diterusakan.

***Untuk E aku doakan semoga dia tabah dalam menjalani hidup ini. Insyaallah akan ada seorang insan yang sesuai untukmu kerana manusia ini Allah jadikan berpasang-pasangan, cuma kita yang perlu mencari sendiri. Ini memerlukan masa untuk mencarinya tetapi semua itu bergantung kepada diri kita sendiri.Insyaallah segalanya mungkin......Amin....

No comments:

Post a Comment