Wednesday, May 6, 2009

Majlis Pertunangan Sepupu

Pada tanggal 21 Mac 2009, pada pukul 3 lebih maka berlangsungnya majlis pertunangan sepupu aku Nor Haslina Binti Ismail dengan Mohd Jumazanzahir Bin Chek Ismail di Felda Jengka 8.Tunang dia pun kat Jengka juga so save budget ler. Walaupun sepupu aku ni orang Kedah tapi mak bapak dia nak buat kat Pahang lagipun ramai adik beradik dia kat situ. Aku tak pergi pun majlis pertunangnan dia kerana ongkos kureng. Insyaallah masa kawin nanti boleh ler rasanya pergi. Akan ku gagahi jua ler....

Menyentuh pasal bab kawin ini, kenduri akan di jadualkan berlangsung pada 8 Jun 2009 bersamaan hari Isnin. Ni yang wat aku sakit pala coz hari tu hari bekerja walaupun time tu cuti sekolah. Pening aku pikir bab ni. Betul ler kata orang tua-tua, orang yang nak kawin relax jer orang yang nak datang kenduri tu yang sakit pala pikir.Pe pun aku akan usaha juga ler pergi kenduri dia.

Di sini aku sertakan gambar sewaktu majlis pertunangan tu berlangsung.
pengantin dengan familynya

ni ler pengantinnya...

cium tangan mak mentua tanda kasih

masa sarung cincin oleh bakal mak mentua. teringat masa aku tunang dulu. huhuhuh....

hantaran daripada pihak perempuan

Friday, April 24, 2009

majlis pertunangan ku

2 hari lagi dalam diam tak diam genap ler 3 bulan aku tunang. Macam tak caya jer dah tunang 3 bulan. Sepupu aku baru jer tunang dengar kata bulan 6 ni dah nak kawin. Dah jodoh dia sampai dulu dari aku agaknya. Tak per la semoga dai berbahagia dengan orang yang tersayang. Hari ni aku nak tulis sekitar majlis pertunangan aku tu.
bergambar dengan hantaran yang telah di tukar

with my fiance


satu-satunya kawan yang menemani aku masa ni. yang len tak dapat hadir coz ada hal besa ler time cuti katakan.



baru nak start bincang



bersama family tunang. perempuan saje bergambar laki tak pun


cium tangan bakal mak mentua


waktu sarung cincin. berpeluh rasa. tangan terketar-ketar. aku tak tahu ler orang len cam ner. bagi aku itu ler yang aku rasa. tu baru tunang kalo kawin aku tak tahu ler cam ner



hantaran sebelah aku


hantaran daripada sebelah lelaki


makan time


ni adalah rombongan daripada pihak lelaki


Macam tua ler majlis pertunangan aku. Buat kecik2 jer lagipun buat yang mana patut saja. Aper pun aku harap perhubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal tingga akhir hayat.....Amin...

Buat sepupu aku yang bakal melangsungkan perkahwinan di harap berbahagia hendaknya. Bersabar la menghitung waktu...

Thursday, April 2, 2009

GREEN Programme

Program GREEN ni aku sertai pada 3/6/08 walaupun aku lambat masuk 2 hari tapi ok ler sempat ler sertai program yang di lakukan. Selama 2 bulan aku kat Kompleks Darul Putri, Cheras. Memang best sangat selama 2 bulan aku kat sana. Di sini aku nk citer ler serba cikit sal program yang kitaorang wat kat sana serta pengalaman aku kat sana. Nak di jadikan cerita aku sampai jer kat KL ni aku dah blur coz aku tak tahu tempat tue. Lagipun aku tak ada alamat kat citu. Huhuhu...mau dekat setengah jam aku dalam teksi tue lastly aku jumpa gak tempat tue. Alhamdulillah....ni aku sertakan gambar aktiviti yang telah diadakan selama 2 bulan kat GREEN (Graduate Employability Enhancement Programme).
si cantik manis, ratu 60 - an

jungle tracking



apa yang penting? "kerjasama"

group team building - 9 star


team building kat Genting View

teka-teki puas pikir lastly jawapannya Madu 3


susah gak nak wat oligami ni.


model company kitaorang yang telah siap dimekapkan


telematch - cari gula-gula dalam tepung


masa musical day, company kitaorang juara.




ni aktiviti group tapi sempat lagi bergambar.

Itulah serba sedikit yang boleh dikongsikan bersama. Sesiapa yang yeringin nak masuk GREEN boleh saja tapi sekarang dah tukar jadi GEMS (Graduate Employability Management Skims).

Tuesday, March 17, 2009

Panduan untuk orang bakal dan sedang bercinta

** Ini pun salah satu emil foward yang boleh di jadikan panduan....Selamat membaca....

Khas untuk org yg baru bercinta atau tengah bercinta atau sentiasa dlm alam percintaaaaan mat cintan and minah cintaannnnnn..yg suka angau2..and angan2..hahahahaha! nice to read betul tu dia kata!!

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

** Pernahkah ada orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... jika tidak kamu akan menyesal melakukannya!

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Ini adalah salah satu emil yang aku terima daripada salah sorang member aku. So, aku nak share ler dalam blog ni. Di harap semua yang membacanya dapat mengambil sedikit sebanyak daripada isi kandungan emil ini untuk dijadikan panduan atau amalan kita.


Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.


Jadilah “sejuta artikel” dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”.
Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat”.
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Zikir, doa dan tawakal penawar tekanan perasaan

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera. Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah.

Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi.

Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan merasa tertekan. Tekanan perasaan juga boleh berlaku apabila wujud konflik antara keinginan diri dan pertimbangan akal seseorang. Contohnya, seseorang yang ingin memenuhi keseronokan dirinya dan pada waktu sama menyedari bahawa dia perlu menerima kebenaran perbuatan itu salah di sisi agama.

Al-Quran memberi panduan kepada kita bagaimana menghadapi situasi sebegini. Kehilangan dalam hidup adalah ujian Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Mereka yang sabar menempuh ujian akan mendapat ganjaran baik daripada Allah. Sesungguhnya manusia sebagai makhluk tidak memiliki hak ke atas sesuatu hatta hidupnya sendiri. Segala-galanya daripada Allah dan kepunyaan-Nya. Maka, tidak seharusnya kita menangisi atau menyesali apa yang tidak kita miliki sama sekali. Kita tidak diberi pengetahuan apa yang akan berlaku. Namun, kita boleh merancang, berusaha dan berdoa serta bertawakal. Manusia berupaya berusaha dalam ruang lingkup takdir Ilahi bersandarkan pertimbangan akal yang waras dengan panduan wahyu Ilahi. Kita boleh memilih mana yang baik dan mengandaikan kesan daripada tindakan perbuatan kita. Namun, ketentuan mutlak adalah daripada Allah. Oleh itu, usahlah terlalu bimbangkan sesuatu yang kita tidak pasti dan sesuatu yang tidak mampu kita kawal. Kebimbangan sebegini hanya akan memberi lebih tekanan kepada kita.

Sebagai makhluk bernama manusia yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani, kita tidak akan bebas daripada konflik dalaman. Setiap daripada kita dijadikan bersama unsur nafsu yang secara fitrah menyediakan segala macam keinginan. Semua itu jika tidak dikawal iman dan akal yang waras, sudah tentu akan menjadi kesempatan hasutan syaitan dengan janjinya untuk menyesatkan umat manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah Yusuf, ayat 53) Nafsu amarah cenderung kepada keseronokan dan sifat mazmumah yang membawa manusia kepada kehancuran seperti marah, hasad, tamak dan penipuan. Dalam keadaan nafsu menguasai seseorang, hanya kepuasan diri dan keegoan akan bertakhta. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Musuhmu yang paling utama ialah nafsu jahat yang ada dalam dirimu.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Islam memberikan panduan yang sebaiknya dan bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia dalam usaha mengelakkan dan menghadapi tekanan. Dalam keadaan tertekan dan keresahan menghadapi ujian Allah, perlu lebih banyak mengingati-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra‘d, ayat 28) Seterusnya, perbanyakkan permohonan kepada Allah dan bertawakal kepadanya. Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153) Ini disusuli semula dengan sentiasa memohon keampunan Allah dan bertaubat daripada kesalahan. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah yang kita hadapi. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11) Tekanan perasaan sebenarnya berpunca daripada lemahnya daya tahan spiritual dan ketidakseimbangan aspek dalaman kita. Konflik dalaman yang berterusan akan mengakibatkan tekanan bertambah seterusnya melahirkan pelbagai perlakuan salah hingga mengganggu kesihatan. Kedamaian spiritual hanya boleh dicapai dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah, ingatan yang berterusan kepada-Nya. Permintaan yang mutlak daripada-Nya serta permohonan keampunan tidak kira ketika senang, mahupun susah membantu menghadapi tekanan.

Berita Harian 16/06/2008


** Renung-renungkan dan selamat beramal....

Friday, March 13, 2009

Ada ker patut?

Kisah yang aku nak kongsi ni berkaitan dengan kisah member aku sorang ni. Bukan per tengah aku lunch tadi dengan member-member aku ni so kua ler cerita yang agak sedih. Cam ni kisahnye.................

Member aku ni nama dia E, ade ler kawan dengan sorang mamat Kedah namanya H. Kira couple ler dalam bahasa omputihnye. Dorang ni dah kawan lama ler jugak dalam setahun kenal, tapi jarang jumpa maklum ler sorang utara dan sorang timur. Walau bagaimanapun, kengkadang dorang luangkan sedikit masa untuk berjumpa makna kata dating ler. Ini disebabkan H ni keje kat Port Dickson and E kat KL. Kalo ada masa terluang tue boleh ler kua bertanya khabar and sewaktu dengannya. Kalo mesej pun tak sangat coz H ni sibuk memanjang.Ini kerana kejenya menjaga tanah air tercinta.

Berbalik pada kisah tadi, dorang ni ade ler jugak berpikir pasal nak mendirikan masjid ni tapi belum ada masa untuk berbincang secara serius. H ade menyatakan hasrat untuk menyunting gadis idamannya ini. E ini kira rasa seronok ler coz H dah berjanji dengannya. So, E pun berpegang pada janji H coz dah sayang. Bak kata pepatah kerana sayang ku turutkan. Lagipun H ni baik orangnya sepanjang perkenalan dorang ler.

Di pendekkan cerita, sejak dua tiga bulan ni H makin sibuk saje. Walaupun H sibuk dengan keje dia, tapi still mesej and call E bertanya kabar. Kira terubat ler juga hati yang rindu ini maklum ler adat bercinta dan berkasih. Walau bagaimanapun, dengan tidak di sangka E telah mendapat perkhabaran yang menggemparkan dan boleh meluluhkan hati seorang wanita yang begitu setia pada kekasihnya. Berita yang di kabarkan itu adalah H telah bertunang dengan member satu tempat keje pada hari Isnin lepas (Maulidul rasul). E tidak percaya kerana baru jer sebentar tadi H ade mesej dengannya. E telah call H untuk mendapatkan kepastian namun H menafikan. Setelah didesak akhirnya H mengaku juga.

Korang bayangkan kalo kita di tempat E, ape yang akan terjadi? E seperti tidak percaya kenapa H sanggup menipu dirinya. Sekiranya H sudah ada pilihan lain kenapa ingin menyembunyikannya? Alasan yang di berikan H kerana tidak mahu melukakan hati E. Namun apa yang terjadi, hari ini memang betul-betul menghiris perasaan cinta, kasih dan sayang yang telah sekian lama di siram, di jaga dan di bajai dengan baik akhirnya layu sekelip mata. H berkata semua ini ketentuan Tuhan. Jodoh pertemuan ditanganNya. Ya, memang benar dan kerana ketentuan Tuhan juga E telah mendapat tahu hal ini. Kalo tidak berapa lamakah E diperdayakan dengan janji manis H. Dimanakah silapnya?

E pasrah dengan ketentuanNya kerana semua kehidupan di dunia ini telah di takdirkan oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Apa yang penting kehidupan perlu diterusakan.

***Untuk E aku doakan semoga dia tabah dalam menjalani hidup ini. Insyaallah akan ada seorang insan yang sesuai untukmu kerana manusia ini Allah jadikan berpasang-pasangan, cuma kita yang perlu mencari sendiri. Ini memerlukan masa untuk mencarinya tetapi semua itu bergantung kepada diri kita sendiri.Insyaallah segalanya mungkin......Amin....