Thursday, March 12, 2009

Perkara Kecil Pikat Hati Si Dia

Ada kalanya hal-hal kecil sudah cukup menambat hatinya dan tidak perlu pengorbanan yang besar. Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan...

**Tiap kali bertemu senyuman tidak pernah lekang dari bibir.

**Sentiasa bersama si dia ketika susah atau senang.

**Kamu lebih pentingkan kebahagiaan dirinya berbanding diri kamu sendiri.

**Kamu sentiasa membuatnya ketawa dengan gurau sendamu.

**Memasak makanan kegemarannya dan mengajaknya makan bersama.

**Sebelum tidur,kamu tidak pernah lupa mengucapkan selamat malam kepadanya.Biarpun ucapan yang ringkas,namun cukup bermakna.

**Hadiahkan barangan yang kamu tahu begitu bernilai baginya di hari ulang tahunnya.

**Berjaya menambat hati keluarganya

**Meluahkan isi hati kamu melalui lirik lagu atau puisi yang menyentuh perasaan.

**Berubah dan kikis semua sifat2 yang si dia tidak suka.

**Sentiasa memahami si dia sekiranya meminta ruang untuk bersendiri.

**Tidak pernah memalukannya dengan menjaga tingkah laku yang baik.

**Sesekali berikan kejutan yang menggembirakan hatinya.

**Membantu menjaga barang-barang kesayangannya.

**Setiap kali kamu dan sidia menghadapi masalah, kamu tidak mudah melenting ataupun marah2.

Tip ni di ambil sewaktu aku terbaca dalam virtualfriend so ambik ler untuk di kongsi bersama. Boleh di jadikan panduan untuk kita.......

1 comment: